Thursday, April 3, 2008

satey ohh satey a.k.a pengampu profesional

Suka makan satey??orang yg tak suka makan satey adalah suatu sebab yang misteri. Kata orang,orang yang pakai susuk adalah pantangnya makan satey. Kalau makan jugak, susuk berlian yang ditanam dalam badan tu akan keluar. Itu kata orang, saya tak tau.

Tapi satey memang sedap. Daging bakar,dicicah kuah, ada timun dan bawang pulak, makan tengah lapar. Memang, hmmm. Marem rasanya.

Awas budaya satey ni ada dimana-mana, terutamanya di pejabat. ha bagus la

Jangan cepat kata bagus kalau anda tidak tahu apa sebenarnya yang ingin saya sebut tentang budaya satey ,cucuk-cucuk,kipas-kipas,cucuk-cucuk kipas-kipas.

Faham? Ala, biasala kalau di pejabat orang cucuk-cucuk sambil kipas-kipas,sebijik macam orang makan satey. Dah cucuk daging ke lidi bakar dia sambil kipas-kipas. Kipas ni tak boleh pakai kipas elektrik, kena pakai kipas tangan. Maknanya ada kalanya kena kipas, ada kalanya kena berhenti kipas,biarkan asap membara. Nanti kalau api menyala besar kipas lagi supaya tak terbakar hangus daging.

Macam itulah budaya yang anda boleh jumpa hampir di semua pejabat. payah nak cari satu pejabat yang tak ada budaya ni. Hampir semua tempat ada budaya ni. Hampir semua syarikat ada budaya ni. Budaya satey, cucuk-cucuk,kipas-kipas.

Kalau anda yang kena cucuk-cucuk, nak buat apa? Ingat, orang yang cucuk-cucuk ni cerdk dia tahu cucuk tu sakit, sebab itu dia kipas-kipas.

Satu pesanan ikhlas dari saya, ramai orang yang mengadu kat saya ni. Seorang petugas stesyen tv pernah bercerita pada saya satu hari tu macam ni.

“sekarang ni Dr., saya tak kisah dag. Dulu saya ni agresif nak buat itu bak buat ini. Nak tunjuk seluruh daya kretiviti saya di tempat ni. Tapi bila saya dapati rupanya dalam pejabat kita bukan semestinya kita pandai buat kerja saja, tapi kena pandai cucuk dan kipas saya jadu kelu dan takut”

“ apa yang saya kelukan dan takutkan rupa-rupanya terjadi. Saya jadi mangsa cucuk-cucuk,kipas-kipas. Akhirnya sekarang ni saya buat keputusan saya buat seadanya saya. Saya hanya buat apa yang disuruh. Hilang daya kreativiti saya. Hilang semangat saya nak membuktikan saya boleh. Hilang motivasi saya untuk mencapai puncak disini. Seblakinua saya jadi penakut unbtuk bertindak. Takut untuk dijadikan oleh satu pihak lainuntuk cucuk-cucuk, kipas-kipas”.

Alangkah ruginya syarikat ini,apabila sebahagian besar kakitangan mula berfikir dan bertindak serupa ini. Rugi tak?? Pasai apa? Orang mula-mula masuk kerja memang nak buat yang terbbaik, tapi kalau amalkan budaya satey, memang anda akan kehilangan satey yang sedap, sebab satey-satey ni dah diibaratkan diri mereka kena bakar biar apa pun yang dibuatnya.

Jadi, hindarkan diri anda dari budaya seperti ini, terutamyanya jiak anda bos dan juga tauke di mana anda berada sekarang..


abg..satey kajang sepuluh cucuk ..hehehe

Di petik dari “jangan main-main”.. HM Tuah Iskandar..