Saturday, May 26, 2007

Propaganda yang Harus Dihentikan

sebermula dari episod 11 September, nama islam terus dicop sebagai radikal, sementelah itu bermulalah episod peperangan keatas umat islam, serangan keatas Afghanistan, Iran dan isu Palestin yang tak pernah selesai. Islam terus dicop sebagai terorist.

Nyatanya jarum harus itu tetap di sebarkan. Kalimat islam itu ganas sentiasa meniti di mulut barat, yahudi dan seantero dunia dan hari ini, kalimah itu sentiasa digunapakai oleh golongan dan orang ramai. Paling menyedihkan kalimah itu sentiasa meniti di mulut orang islam itu sendiri. Nah,lihatlah keberkesanan saraf ini sehingga menjadi zikir kepada manusia di dunia ini. Selalunya bila dah menjadi zikir maka benda ini dah pun di sematkan dalam benak pemikiran yang berzikir dan menjadi racun dan saraf kepada orang sekeliling orang yang berzikir tersebut. Hebatnya jarum barat ini.

Bagi diri sendiri beberapa resolusi yang harus kita mulakan dan menyahkan pemikiran ini. Antaranya,

1)Biarpun sekadar penafian, jangan sesekali menyatakan islam itu ganas seperti islam itu bukan agama yang ganas tapi ubahlah kepada islam agama pendamaian. Ini memberi impak kepada pendengar, kerana bila ada penafian pendengar akan mengkaji sebab penafian tersebut.

2) Kefahaman jihad yang jelas dari bermulanya kefardhuan jihad sehinggalah adab2 berjihad..

mudah-mudahan dengan sekelumit fikrah yang dilontarkan ini membersihkan semula islam yang kita anuti..WaAllahu A’lam

1 comment:

Mohd Rasul Bin Amat said...

salam alaik ya akhi duat...
kaif imtihan?
mantap ko...
kuar awal seh...
so far mantap r dah mula melakar pena duat...
teruskan usaha dakwah ni....
hihihi:-)
doakan sesama k...
wassalam..