Saturday, May 26, 2007

Terpecahnya Umat Kepada Empat Golongan

dalam satu artikel…ustaz fathi yakan telah menukilkan bahawa apabila berlaku sesuatu perkara atau peristiwa,kecil atau besar,maka umat akan terpecah kepada 4 golongan..

1) Golongan yang anti(pembangkang)

2) Golongan pengambil faedah

3) Golongan yang tak mengambil faedah dan tak memberi faedah

4) Golongan yang menyatakan “kami pendakwah bukan penghukum

Golongan yang anti(pembangkang)

golongan ini akan memandang dengan pandangan yang negetif dan menolak terus tanpa mengimbangi dengan aspek lain..

Golongan pengambil faedah

Golongan ini selalunya menjadi pelabur atau dalam bahasa yang mudahnya dikatakan sebagai bisness minded..sekiranya mereka mengetahui dasar..ada saja la bahan dan meterial yang hendak diniagakan seperti dasar yang dinyatakan..

Golongan yang tak mengambil faedah dan tak memberi faedah

golongan ini pula merupakan golongan yang tidak mengmbil cakna dengan kehidupan orang lain bahkan hidup semata2 mereka sahaja.

Golongan yang menyatakan “kami pendakwah bukan penghukum

Golongan ini sentiasa menimbangtara antara kebaikan dan keburukan..namun bukan menghujum peristiwa tersebut namun memerhatikan peluang dakwah dan sentiasa memberi kesedaran kearah kebaikan dengan tidak melanggari prinsip asas islam itu sendiri.mereka inilah golongan yang bernama..نحن الدعاة لا القضاء

wassalam

No comments: