Monday, September 24, 2012
innocent of muslim- nilai kita sebagai negara islam
Thursday, September 20, 2012
Borang penilaian penceramah : bukti penceramah ikhlas berubah demi dakwah
tekuni, teliti dan kaji
Wednesday, September 19, 2012
monday blues
sekian saja perkongsian kita..wassalam
tekuni, teliti dan kaji
Friday, September 14, 2012
bersawang, terus bersawang dan bersawang jenuh nak sental
2. diakhir syawal kita menyambut merdeka..alhamdulillah disini (jb) sambutannya sampai sebulan klu di kedah dua minggu dah tak dak apa dah..biasala..adat masing2..cuma, jangan la budaya tu menyusahkan dan membebankan kita..contohnya, kewangan tak cukup, terpaksa buat, buat la..pastu berhutang..kan bahaya..
3. merdeka..seronok bila sedar kita merdeka..tapi bagaimana kita menghayati kemerdekaan tu yang patut kita sambut..merdeka sambut dengan hiburan, ok..sebab hiburan tu fitrah manusia..tapi klu terlajak hiburan, memang kalahkan manusia..ibarat saya, hiburan tu umpama makanan..terlebih makan, obes:D..terkurang makan, lapar, so seadanya..ibarat orang cerdik pandai, hiburan umpama garam..:D..berhiburla seadaanya..jgan sampai terlebih:D
4. tema merdeka- janji ditepati..cantik..banyak ahlul politik bercakap tentang ni..saya just nak sumbang sikit ja idea..yang pasti bezakan antara janji dan tanggungjawab..metafora mudah- seorang pelajar datang lambat, saya marah dan dia janji tak lewat dah..so lepas tu, budak tu pun datang awal..soalan saya, budak tu menunaikan janji or menunaikan tangungjawab??tak dak pa nak kata pun sebenarnya..nak cuba pk maksud sebenar janji..mana la tahu 2040 nanti jadi PM ka..sapa tau kan:D..
5.sekian saja.saja ja nak mai cuci sarang labah2..dekat 2,3 tahun tak update..
tekuni, teliti dan kaji..
Assalamualaikum:D
Monday, August 16, 2010
MAKLUMAT REUNION...SILA AMBIL PERHATIAN KEPADA YANG BERKENAAN

Uploaded with ImageShack.us

Uploaded with ImageShack.us

Uploaded with ImageShack.us
sila klik pada gambar untuk lebih jelas
Sunday, May 24, 2009
Thursday, April 3, 2008
satey ohh satey a.k.a pengampu profesional
Suka makan satey??orang yg tak suka makan satey adalah suatu sebab yang misteri. Kata orang,orang yang pakai susuk adalah pantangnya makan satey. Kalau makan jugak, susuk berlian yang ditanam dalam badan tu akan keluar. Itu kata orang, saya tak tau.
Tapi satey memang sedap. Daging bakar,dicicah kuah, ada timun dan bawang pulak, makan tengah lapar. Memang, hmmm. Marem rasanya.
Awas budaya satey ni ada dimana-mana, terutamanya di pejabat. ha bagus la
Jangan cepat kata bagus kalau anda tidak tahu apa sebenarnya yang ingin saya sebut tentang budaya satey ,cucuk-cucuk,kipas-kipas,cucuk-cucuk kipas-kipas.
Faham? Ala, biasala kalau di pejabat orang cucuk-cucuk sambil kipas-kipas,sebijik macam orang makan satey. Dah cucuk daging ke lidi bakar dia sambil kipas-kipas. Kipas ni tak boleh pakai kipas elektrik, kena pakai kipas tangan. Maknanya ada kalanya kena kipas, ada kalanya kena berhenti kipas,biarkan asap membara. Nanti kalau api menyala besar kipas lagi supaya tak terbakar hangus daging.
Macam itulah budaya yang anda boleh jumpa hampir di semua pejabat. payah nak cari satu pejabat yang tak ada budaya ni. Hampir semua tempat ada budaya ni. Hampir semua syarikat ada budaya ni. Budaya satey, cucuk-cucuk,kipas-kipas.
Kalau anda yang kena cucuk-cucuk, nak buat apa? Ingat, orang yang cucuk-cucuk ni cerdk dia tahu cucuk tu sakit, sebab itu dia kipas-kipas.
Satu pesanan ikhlas dari saya, ramai orang yang mengadu kat saya ni. Seorang petugas stesyen tv pernah bercerita pada saya satu hari tu macam ni.
“sekarang ni Dr., saya tak kisah dag. Dulu saya ni agresif nak buat itu bak buat ini. Nak tunjuk seluruh daya kretiviti saya di tempat ni. Tapi bila saya dapati rupanya dalam pejabat kita bukan semestinya kita pandai buat kerja saja, tapi kena pandai cucuk dan kipas saya jadu kelu dan takut”
“ apa yang saya kelukan dan takutkan rupa-rupanya terjadi. Saya jadi mangsa cucuk-cucuk,kipas-kipas. Akhirnya sekarang ni saya buat keputusan saya buat seadanya saya. Saya hanya buat apa yang disuruh. Hilang daya kreativiti saya. Hilang semangat saya nak membuktikan saya boleh. Hilang motivasi saya untuk mencapai puncak disini. Seblakinua saya jadi penakut unbtuk bertindak. Takut untuk dijadikan oleh satu pihak lainuntuk cucuk-cucuk, kipas-kipas”.
Alangkah ruginya syarikat ini,apabila sebahagian besar kakitangan mula berfikir dan bertindak serupa ini. Rugi tak?? Pasai apa? Orang mula-mula masuk kerja memang nak buat yang terbbaik, tapi kalau amalkan budaya satey, memang anda akan kehilangan satey yang sedap, sebab satey-satey ni dah diibaratkan diri mereka kena bakar biar apa pun yang dibuatnya.
Jadi, hindarkan diri anda dari budaya seperti ini, terutamyanya jiak anda bos dan juga tauke di mana anda berada sekarang..
abg..satey kajang sepuluh cucuk ..hehehe
Di petik dari “jangan main-main”.. HM Tuah Iskandar..