Wednesday, September 19, 2012

monday blues

monday blues adalah fenomena biasa bagi pekerja mcm saya. antara faktor yang dilihat pada pemerhatian saya, masa cuti masih berfikir tentang kerja, ada dateline yang makin membunuh, rasa sekejap bercuti dengan keluarga. ini mungkin adalah faktor2 monday blues..yang akhirnya akan menyebabkan kita malas, culas dan mandom ketika hari isnin atau hari permulaan kerja. namum, apa yang mesti dilihat oleh kita, kerja bukan semata-mata mendapatkan gaji, elaun, bonus dll. tetapi perlu dilihat sebagai suatu tempat untuk kita melakukan ibadah, menjalankan amanah dan meraih ganjaran pahala yang berlipat kali ganda. so secara kesimpulannya, kita katakan kerja itu ibadah, tak daknya kena malas2:D..

macam mana ek nak katakan kerja itu suatu ibadah? kerja jadi ibadah apabila ada 6 syarat ini-:

1- kerja itu mesti diperakui oleh islam. guru pekerjaan mulia, saya guru, islam mmg sruh kita belajar, mengajar, pendengar ilmu dan pencinta ilmu. klau kerja yang membawa kepada kemurkaan Allah, maka itu tidak diiktiraf oleh islam.

2. niat yang baik. mudahnya diketegorikan, matlamat kita adalah baik. contoh, knapa kerja? nak sara family, sebab tanggungjawab, nak bagi kat mak ayah sebab nak balas jasa mereka, nak beli itu dan ini dengan cara yang halal.

3. pelaksanaan ikut syariat- tidak langgar syariat la. cam buka aurat ka, tinggal solat jumaat dll.

4. dilakukan secara optimum- dah nama ibadah, mesti buat dengan habis baik, jangan buat sekerat jalan.

5.tidak meninggalkan ibadah asas- tidak tinggal perkara wajib. solat, puasa.

6. natijah yang baik- hasil dan kesan dari pekerjaan itu mesti baik.:D

sekian saja perkongsian kita..wassalam

tekuni, teliti dan kaji


No comments: