Thursday, September 20, 2012

Borang penilaian penceramah : bukti penceramah ikhlas berubah demi dakwah


1.       1. Sewaktu jalan pulang semalam, lingkungan jam 10malam, setelah bagi tazkirah kepada program Kelab Rakan Muda Masjid (KRMM), fikiran melayang memikirkan sesuatu. Perkara yang biasa berlaku pada saya. Perjalanan hampir 30 km yang saya tempoh hari2 menyebabkan saya akan memikirkan sesuatu, sama ada masa depan, tentang dakwah, tentang kerja dan beberapa sudut pandang yang berbeza dari yang lain.
                                                                      
2.      2. Proses yang sama, semasa memandu, tapi bukan ini kali pertama, tapi berkali2 acapkali sementelah saya berceramah, beri tazkirah, walaupun bukan la selalu bagi, tapi selalu saya memikirkan keberkesanan medium dakwah saya. Hingga terdetik nak buat borang penilaian penceramah.


3.       3. Borang ini bukan tujuan naik pangkat, apatah lagi kalau2 nak naik gaji or upah, tapi lebih daripada itu menilai semula kualiti ceramah, isi kandungan dan kefahaman mad’u

4.       4. Memang orang cakap, dakwah ni orang malas nak terima,yup, setuju,sebab fitrah orang tak tertarik dengan dakwah, tambah2 bila penceramah tu cakap, kena kat batang hidung, fikir2 la semula minggu depan nak datang or tak:D. tapi sebenarnya peranan borang ini lebih kepada peningkatan mutu ceramah. Bukan apa, takut2 nanti klu orang yang suka kebenaran pun naik jemu dengan ceramah kita, langsung terus lari dari nak faham tentang islam.


5.      5.  Namun begitu, saya masih merangka isi kandungan, skala yang berpatutan, dan tak nak letakkan sesuatu yang menyebabkan penceramah leka dengan puja dan pujian mad’u. lebih kepada peningkatan mutu dakwah dan isi ceramah.

6.       6. Mohon pandangan kawan2 yang ada pengalaman untuk bagi idea membuat borang demi perjalanan dakwah.

tekuni, teliti dan kaji


No comments: