Monday, September 24, 2012

innocent of muslim- nilai kita sebagai negara islam


1.       Dengan maaf, saya agak lambat mengomentari, sebab saya suka tunggu dan lihat. Tunggu respond dari pelbagai pihak dan lihat tindakan dari pelbagai pihak. lagipun tenet tgh tenat, kouta habis:D(alasan)
2.       Seronok tengok bila ada solidarity bantah kerana menghina islam. Walau dari sudut pandang politik, masing2 ada nilai disana. Namun saya tak berminat nak sentuh soal itu sekarang.
3.       Suka saya sentuh berkaitan dengan sensitivity masyarakat. Terutamanya media arus perdana. Seolah2 tiada tindakan. Yang saya pasti, IKIM agak sensetif dan buat program Ad-Daurah bersama ustaz zul –albakri bincang soal ini. Persoalan saya, tv dan media lain mana. Sesekali ingin Tanya tv3, masa perhimpunan bersih tv 3 siap keluarkan iklan mengutuk perhimpunan  itu, tapi kenapa dalam soal penghinaan terhadap islam, kelu tanpa iklan. Begitu juga dengan radio prima yang lain. Kenapa tidak diwar-warkan, kenapa tidak dibuat suatu program bersifat menjawab tohmahan?
4.       Saya lihat, peranan ini perlu dimainkan di medium arus perdana. Ini kerana, sering kita laungkan Malaysia Negara islam, tapi soal islam dihina langsung tak ada yang nak back up. Yang ada kefahaman, mungkin backup tapi yang kurang faham, kena tak diberi faham. Sebabnya, kita cakap kita Negara islam.
5.       Cadangan saya pihak medium arus perdana –
a-      Keluarkan iklan / klip pendek tunjuk sebenar tentang islam seperti iklan promosi 1Malaysia.
b-      Beri ruang kepada ilmuan islam jawab tohmahan tentang islam
c-       Cari pandangan ahli akedemik berkaitan dengan islam
d-      Ilmuan pandai tentang islam  buat filem ada kaitan dengan islam (cadangan Ustaz Zaharuddin).
6.       Akhirnya, andai ini negera islam, buktikan. Buat sementara waktu, tunjukkan kecintaan terhadap Rasulullah. RTM, Media Prima, Astro, AMP radio..mana suara kalian..tahniah IKIM..
Tekuni, teliti dan kaji.

No comments: